Takaful Kontraktor · CAR, WC & PL

Dapat Projek Dah Satu Hal. Pastikan Perlindungan Projek Pun Selesai.

Dapat tender atau sedang jalankan projek pembinaan?

Kami bantu kontraktor uruskan perlindungan takaful yang diperlukan, daripada Contractor's All Risk (CAR) hingga Public Liability (PL), mengikut keperluan projek anda.

  • Sebut harga daripada Takaful IKHLAS General Berhad
  • Contoh sebenar: kontrak ±RM64k, CAR + WC dua tahun RM884
Dua pekerja binaan memecah konkrit di tapak projek, dengan kren dan bangunan tinggi di belakang
Tapak binaan besar di Kuala Lumpur dengan kren, besi dan bahan binaan
Modal dah keluar
Jengkaut meroboh struktur lama di tapak kerja
Mesin di tapak
Pagar zink tapak binaan tumbang selepas ribut
Yang tak dijangka
Situasi Di Tapak

Projek berjalan lancar. Tapi kalau sesuatu berlaku?

Kita dah keluarkan modal untuk pekerja, bahan binaan, mesin dan peralatan.

Projek pula ada tempoh yang perlu disiapkan.

Tetapi dalam kerja pembinaan, ada perkara yang kita tak boleh jangka.

Kebakaran, kerosakan struktur, kemalangan di tapak projek atau tuntutan pihak ketiga.

Sebab itu perlindungan projek perlu difikirkan sebelum kerja bermula, bukan selepas masalah berlaku.

Jenis Perlindungan

Lain kejadian, lain perlindungan.

Mesin, bahan binaan dan kerja projek bukan murah untuk diganti. Ini soalan yang kontraktor selalu tanya kami, dan perlindungan yang menjawabnya.

Bangunan sedang dibina dengan perancah dan kren menara di Kuala Lumpur
Kerja projek

Contractor's All Risk (CAR)

Kalau berlaku kerosakan fizikal secara tidak sengaja kepada kerja pembinaan, adakah ia boleh dilindungi?

CAR membantu melindungi kerja kontrak dan perkara berkaitan mengikut skop sijil. Seksyen I untuk kerja kontrak yang rosak. Seksyen II untuk tuntutan pihak ketiga di tapak atau berdekatan.

Minta sebut harga CAR
Pekerja kimpalan bertopi keselamatan dan tali pinggang keledar di atas struktur besi
Pekerja anda

Workmen's Compensation (WC)

Kalau pekerja mengalami kecederaan ketika menjalankan kerja, siapa yang perlu menanggung tanggungjawab tersebut?

Perlindungan bergantung pada jenis polisi, pekerja dan skop kerja. Satu perkara pasti: CAR tak bayar kecederaan pekerja anda sendiri (Seksyen II, pengecualian 4(a)). Itu kerja WC.

Minta sebut harga WC
Penunggang motosikal melalui jalan bersebelahan penghadang tapak binaan di Kuala Lumpur
Orang awam

Public Liability (PL)

Kalau aktiviti pembinaan menyebabkan kecederaan kepada orang awam atau kerosakan harta pihak ketiga, bagaimana pula?

Public Liability boleh membantu bagi tuntutan liabiliti yang dilindungi. Projek yang ada CAR sudah ada liabiliti pihak ketiga dalam Seksyen II. Kerja tanpa CAR, atau kontrak yang minta sijil PL sendiri, boleh ambil PL berasingan.

Minta sebut harga PL

Ada pekerja tempatan di tapak? Kebanyakan projek perlukan CAR dan WC sekali. Satu permintaan, dua sijil.

Minta CAR + WC

Skop sebenar, pengecualian dan syarat setiap perlindungan ikut sijil dan jadual Takaful IKHLAS, dan kami terangkan sebelum anda setuju. Tak pasti yang mana sesuai, atau perlu perlindungan lain? Kami bantu semak pilihan yang ada. Tanya kami dahulu.

Situasi Sebenar

Antara perkara yang kontraktor selalu terlepas pandang.

  1. Tender sudah berjaya, tetapi perlindungan belum disediakan.

    Sebut harga perlukan masa, dan ia bersyarat: tiada kerugian atau tuntutan yang diketahui sebelum tarikh mula. Kejadian sebelum tarikh mula tak boleh dilindungi kemudian.

    Syarat sebut harga Takaful IKHLAS
  2. Polisi ada, tetapi tempoh perlindungan tidak meliputi keseluruhan tempoh projek.

    Tempoh sijil ikut tarikh dalam jadual, bukan tarikh projek sebenar siap. Projek lewat, minta lanjutan sebelum sijil tamat. Kerja yang terhenti pula dikecualikan, kecuali jadual ada klausa CR48 yang kekalkan perlindungan sehingga 30 hari.

    Wording CAR, pengecualian am (d) dan klausa CR48
  3. Jumlah perlindungan tidak selari dengan nilai kontrak.

    Kalau jumlah dilindungi lebih rendah dari nilai kerja kontrak, bayaran tuntutan dipotong ikut nisbah. Kontrak RM100,000 tapi dilindungi RM50,000: kerosakan RM20,000 hanya dibayar separuh, sebelum excess.

    Wording CAR, Seksyen I
  4. Syarat prinsipal memerlukan perlindungan tertentu yang belum dipenuhi.

    Kontrak selalu tetapkan had pihak ketiga minimum dan siapa perlu dinamakan dalam sijil. Dua jadual yang kami semak pun berbeza: satu RM50,000 setiap kejadian tanpa had tempoh, satu lagi RM200,000 untuk satu kejadian dan juga untuk seluruh tempoh.

    Jadual CAR Seksyen II, dua kontrak sebenar
  5. Kontraktor menganggap semua jenis kerosakan automatik dilindungi.

    Rumah jiran retak akibat getaran dilindungi hanya kalau ia runtuh. Kabel bawah tanah dilindungi hanya kalau lokasinya ditanya kepada pihak berkuasa sebelum kerja mula. Pekerja asing pula dikecualikan dalam jadual WC yang kami semak.

    Klausa CR34 dan CR15A, jadual WC

Klausa berkod (CR, WM) terpakai hanya kalau disebut dalam jadual sijil anda.

Situasi Tuntutan

Kalau ini berlaku di tapak anda, siapa bayar?

Empat contoh situasi, dijawab ikut wording dan jadual yang kami semak. Jawapan sebenar ikut sijil anda.

Contoh 1

Hujan lebat. Dinding penahan yang baru siap runtuh.

Siapa bayarCAR, Seksyen I

Excess untuk runtuh dan banjir dalam jadual contoh kami: 10% kerugian atau minimum RM10,000, mana lebih tinggi.

Jadual CAR, excess Seksyen I
Contoh 2

Pekerja tempatan jatuh dari perancah.

Siapa bayarWC, bukan CAR

Seksyen II CAR kecualikan pekerja kontraktor. Kalau dia pekerja subkontraktor, WC anda lindungi hanya bila jadual ada Warranty 60.

CAR Seksyen II pengecualian 4(a), WC klausa WM20
Contoh 3

Serpihan dari tapak jatuh atas kereta orang awam.

Siapa bayarCAR Seksyen II, atau PL kalau tiada CAR

Excess kerosakan harta pihak ketiga dalam jadual contoh kami: 10% atau minimum RM7,500. Kerosakan RM3,000 ditanggung sendiri.

Jadual CAR, excess Seksyen II
Contoh 4

Jiran datang marah. Anda terus janji bayar.

Siapa bayarMungkin anda sendiri

Jangan buat pengakuan, tawaran atau janji bayar tanpa izin bertulis operator. Syarat ini ada dalam CAR, WC dan PL.

CAR Syarat Khas Seksyen II (1), WC Syarat 5, PL CC3

Contoh situasi untuk penerangan, bukan kes sebenar. Keputusan tuntutan ikut sijil, jadual dan siasatan operator.

Kenapa MUHAZU

Kami tahu kontraktor ada banyak perkara nak diuruskan.

Jadi urusan perlindungan projek tak sepatutnya menjadi satu lagi perkara yang menyusahkan.

  • Bantu kenal pasti jenis perlindungan yang diperlukan.
  • Semak keperluan dokumen tender.
  • Bantu dapatkan sebut harga daripada Takaful IKHLAS.
  • Terangkan manfaat dan pengecualian sebelum keputusan dibuat.
  • Bantu urusan selepas sijil dikeluarkan, termasuk tuntutan.
Proses Permohonan

Dari dokumen projek hingga sebut harga.

Empat langkah, supaya projek tidak terdedah tanpa perlindungan yang sesuai. Kebanyakan kerjanya di pihak kami.

  1. 01

    Hantar maklumat projek

    Isi borang di bawah, atau WhatsApp surat setuju terima anda. Nilai kontrak, tempoh, lokasi tapak dan jenis kerja sudah memadai untuk mula.

  2. 02

    Kami semak keperluan kontrak

    Kami baca klausa insurans dalam kontrak: had pihak ketiga, tempoh, siapa perlu dinamakan, dan pekerja yang perlu WC.

  3. 03

    Sebut harga dari Takaful IKHLAS

    Underwriter kira caruman ikut projek anda. Sebut harga yang kami terima sah 30 hari dari tarikh dikeluarkan.

  4. 04

    Bayar, sijil dikeluarkan

    Caruman perlu sampai dalam 60 hari (klausa CR35). Kami hantar sijil dan terangkan apa yang dilindungi, termasuk apa yang tidak.

Dokumen yang membantu
  • Surat setuju terima / LA
  • Nilai & tempoh kontrak
  • Lokasi tapak
  • Anggaran gaji pekerja (WC)

Contoh sebenar: kontrak puluhan ribu, caruman beberapa ratus ringgit.

Dua kes yang kami uruskan, nama klien dibuang. Harga anda ikut nilai kontrak, tempoh, jenis kerja dan gaji pekerja.

Kontrak A · Penyelenggaraan

Kerja penyelenggaraan untuk agensi kerajaan negeri

Nilai kontrak
± RM64,000
Tempoh
2 tahun
Anggaran gaji pekerja
RM50,000
Pihak ketiga (CAR)
RM50,000 setiap kejadian
Common law (WC)
RM1 juta setiap kejadian
CAR
RM550
WC
RM334
Jumlah dua tahun
RM884

Termasuk SST dan duti setem.

Kontrak B · Pemasangan

Pasang papan tanda di sebuah hotel

Nilai kontrak
± RM120,000
Tempoh
20 hari bekerja
Pihak ketiga (CAR)
RM200,000 setiap kejadian, RM200,000 setiap tempoh
CAR, caruman rata
RM280
Jumlah
RM280

Termasuk SST dan duti setem. CAR sahaja dalam contoh ini.

Angka di atas bukan tawaran. Sebut harga sebenar datang dari Takaful IKHLAS selepas mereka semak projek anda.

Soalan Lazim

Soalan yang kontraktor benar-benar tanya

Langkah Seterusnya

Ada projek baru? Boleh semak keperluannya dahulu.

Hantar maklumat projek untuk semakan. Isi apa yang anda tahu sekarang. Yang lain kami tanya dalam WhatsApp.

Apa yang anda perlukan?
Jumlah gaji semua pekerja tempatan sepanjang projek.
Ada subkontraktor di tapak? (pilihan)

Tiada bayaran pada peringkat ini. Kami guna maklumat ini untuk semak keperluan projek dan dapatkan sebut harga anda sahaja.

Lebih senang WhatsApp surat setuju terima? 019-422 5266

Sebut harga dan sijil daripada Takaful IKHLAS General Berhad, pengendali takaful yang dikawal selia Bank Negara Malaysia.

Kredit foto

Semua dari Wikimedia Commons. Gambar dipotong dan diubah saiz.