Pelan hibah & takaful untuk melindungi keluarga anda daripada ketidaktentuan masa depan.
Hubungi Sekarang
Kami berdedikasi membantu keluarga Malaysia membina masa depan kewangan yang terjamin.
MUHAZU Global Resources ialah agensi takaful dan hibah profesional yang membantu anda merancang masa depan dengan solusi perlindungan Islamik moden dan strategi warisan yang teratur. Kami percaya bahawa setiap keluarga berhak mendapat perlindungan dan bimbingan kewangan yang berkualiti tinggi.
Ketahui Lebih LanjutWarisan Terjamin
Lindungi warisan keluarga dengan pelan hibah takaful yang komprehensif dan patuh syariah.
Learn MorePendapatan Berterusan
Jaminan pendapatan berterusan untuk keluarga anda pada masa hadapan tanpa kerisauan.
Learn MorePerlindungan Kesihatan
Perlindungan perubatan menyeluruh untuk kesihatan keluarga tersayang dengan coverage terbaik.
Learn MoreKembangkan Kekayaan
Kembangkan kekayaan dengan pelaburan patuh syariah yang selamat dan menguntungkan.
Learn MorePerlindungan Kenderaan
Perlindungan lengkap untuk kenderaan anda dengan takaful yang terbaik dan kompetitif.
Learn MoreUrus Warisan
Urus warisan harta dengan teratur mengikut kehendak syarak dan perundangan Islam.
Learn MorePerjalanan Selamat
Perlindungan antarabangsa untuk perjalanan anda ke seluruh dunia dengan coverage menyeluruh.
Learn MoreLindungi Rumah
Lindungi rumah impian anda daripada risiko yang tidak dijangka dengan coverage lengkap.
Learn MoreLiabiliti Profesional
Perlindungan liabiliti profesional untuk perniagaan anda daripada tuntutan dan kerugian.
Learn MorePerancangan Kewangan
Perancangan kewangan peribadi yang teliti dan profesional untuk masa depan yang terjamin.
Learn MoreHibah Takaful ialah pelan legasi moden yang memastikan manfaat pampasan diagihkan terus kepada penerima pilihan anda tanpa melalui proses faraid atau tuntutan rumit. Ia dicipta untuk memberi dana segera kepada keluarga apabila berlaku musibah.
Income Takaful direka untuk menggantikan pendapatan bulanan jika pencari nafkah hilang upaya menyeluruh & kekal, menghidap penyakit kritikal, atau meninggal dunia. Tujuan utamanya ialah memastikan keluarga masih mempunyai aliran tunai yang stabil untuk meneruskan kehidupan.
Tip pantas: Pilih jumlah manfaat bersamaan 6–12 bulan gaji atau ikut formula 60–80% daripada pendapatan bersih bulanan anda.
Medikal Kad membolehkan anda mendapatkan rawatan pakar secara cashless di hospital panel. Ia melindungi kos kemasukan wad, pembedahan, rawatan kanser & dialisis mengikut had tahunan/pelan yang dipilih.
Tip pantas: Pilih pelan dengan bilik wad setara bajet anda, dan semak panel hospital berdekatan tempat tinggal. Tambah deductible jika mahu caruman lebih rendah.
Bina pelan simpanan dan pelaburan yang patuh Syariah untuk capai matlamat kewangan anda: dana kecemasan, pendidikan anak, rumah pertama, atau persaraan. Fokus kami ialah disiplin bulanan, pengurusan risiko, dan diversifikasi yang sesuai dengan profil anda.
Tip pantas: Auto-debit sumbangan bulanan pada tarikh gaji, semak semula pelan setiap 6–12 bulan, dan tingkatkan caruman bila pendapatan bertambah.
Pastikan kereta anda dilindungi dengan pelan patuh Syariah yang merangkumi kemalangan, kecurian, kebakaran dan liabiliti pihak ketiga. Dapatkan sebut harga pantas dengan manfaat yang sesuai bajet.
Tip pantas: Semak sum insured agar tidak under-insured, dan aktifkan Special Perils jika kawasan anda berisiko banjir.
Pastikan harta anda diagih dengan teratur mengikut kehendak Syariah dan perundangan. Kami membantu anda merangka dokumen wasiat dan hibah yang jelas supaya waris menerima hak mereka tanpa pertikaian.
Tip pantas: Semak semula dokumen setiap 12–18 bulan atau bila berlaku perubahan besar (perkahwinan, kelahiran, jual beli aset).
Takaful Perjalanan melindungi anda daripada risiko utama ketika melancong seperti kos perubatan luar negara, pembatalan/trip curtailment, kehilangan bagasi, kelewatan penerbangan, liabiliti peribadi dan evakuasi kecemasan. Sesuai untuk perjalanan solo, keluarga atau korporat.
Tip pantas: Ambil pelan sebaik sahaja beli tiket supaya pembatalan/cancellation dilindungi. Simpan resit, boarding pass dan dokumen hospital/klinik untuk tuntutan yang lancar.
Takaful Kediaman melindungi struktur rumah dan/atau barangan isi rumah daripada risiko seperti kebakaran, ribut, banjir, pecah masuk, paip pecah, serta liabiliti kepada pihak ketiga (mengikut pelan yang dipilih). Sesuai untuk pemilik rumah sendiri atau rumah sewaan.
Nota: MRTA/MRTT hanya lindungi baki pinjaman, bukan kerosakan rumah. Untuk perlindungan fizikal rumah dan isi, ambil Takaful Kediaman.
Professional Indemnity (PI) melindungi profesional dan firma daripada tuntutan kerugian kewangan pelanggan akibat negligence, error atau omission dalam khidmat profesional. Termasuk kos pembelaan (defence costs) mengikut terma pelan.
Bezakan ringkas: PI lindungi kesilapan profesional (kerugian kewangan), Public Liability lindungi kecederaan/kerosakan fizikal pihak ketiga.
Sesi Analisa Kewangan MUHAZU membantu anda melihat gambaran penuh duit masuk-keluar, kedudukan aset & liabiliti, jurang perlindungan, serta strategi pelaburan dan hutang. Hasilnya ialah pelan tindakan 90 hari yang praktikal untuk mula bertindak.
Tip pantas: Tetapkan auto-transfer untuk simpanan pelaburan sejurus gaji masuk, dan semak semula pelan setiap 6–12 bulan atau apabila pendapatan/komitmen berubah.
Total Certificate Issue
Total Clients
Years Experience
Satisfaction Rate
Empowering entrepreneurs & families across the globe to protect their wealth, secure their future, & build enduring legacies with MUHAZU.
Perlindungan bukan sekadar polisi, ia adalah warisan kasih sayang untuk yang kita tinggalkan.